Sunday, January 31, 2010

+ Tang Dynasty Lodge, Tuaran +

Jom Singgah nak perkenalkan hotel baru yang terletak di pinggir Pekan Tuaran (1 km sebelum Pekan Tuaran). Lokasi hotel ini sangat strategik iaitu di jalan utama ke Kota Belud. Dari Kota Kinabalu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit sama ada melalui Jalan Tuaran By-Pass atau Jalan UMS-Sulaman.


Hotel ini mungkin agak jauh dari Bandar KK, tetapi amat sesuai bagi pengunjung untuk singgah berehat sebelum menempuhi perjalanan jauh menuju ke Kudat atau ke Pantai Barat Sabah (Sandakan / Tawau).

Antara bilik yang terdapat di Tang Dynasty Lodge adalah :

Standard King RM 59
Superior King RM 69

My Superior King Room..

attached toilet

TV with Astro channels

Jom Singgah !!

TIPS TEMAN : Kepada yang bukan beragama Islam, jika menginap di sini, singgah2lah makan di Pekan Tuaran. Dengarnya, Mee Tuaran merupakan hidangan yang anda mesti cuba.. Selamat Menjamu Selera !!

Saturday, January 30, 2010

+ Taman Awam Likas +


Salam Singgah..

Taman Awam Teluk Likas terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan bandar Kota Kinabalu dan Yayasan Sabah. Taman ini menjadi tumpuan pengunjung tak kira pada hari bekerja mahupun hujung minggu bagi melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, "barbeque", bermandi-manda, berehat dan berjoging.

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah taman permainan kanak2, tandas awam (yang dilengkapi bilik mandi & bilik persalinan), kawasan parking kereta yang banyak, pondok rehat, kerusi dan lain-lain lagi.

Jadi..jika teringin nak mandi laut di hujung minggu, apa kata singgah ke Taman Awam Teluk Likas !!

Taman Kanak-Kanak

Kemudahan bersenam

Tandas Awam

Tempat parking


TIPS TEMAN : Teman cadangkan DBKK akan mewujudkan kioks yang menjual makanan & minuman memandangkan sukar mendapatkan makanan & minuman di taman ini. Pada yang nak datang berkelah tu, jangan lupa bawa makanan sendiri..


+ Zoo Lok Kawi +

LOK KAWI WILDLIFE CENTRE ENTRANCE

Fara, Me, Lulu & Mar (elephant's ground at the back)

Zoo Lok Kawi terletak di jalan lama Penampang - Papar, iaitu lebih kurang 20 km dari Bandar Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu (tetapi bergantung kepada kesesakan lalu-lintas). Pengunjung boleh pergi ke sana dengan menaiki teksi (dengan tambang dianggarkan sekitar RM25). Tetapi adalah diingatkan untuk berunding dengan pemandu teksi tersebut tentang perjalanan pulang memandangkan perkhidmatan teksi amat terhad di sekitar Zoo tersebut.

Zoo Lok Kawi dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 ptg.

Pengunjung dikenakan bayaran masuk seperti berikut :

Dewasa RM10 (Malaysian) dan RM20 (non-Malaysian)


TIPS TEMAN : Terdapat tempat berkelah di dalam kawasan zoo ni. Jadi, apa kata bawa makanan sendiri dari rumah & berkelah di sini. Kan lebih seronok !!