Thursday, October 11, 2012

Beijing Steamboat @ Kampung Nelayan


Jom makan-makan kat Beijing steamboat @ Kampung Nelayan, Bukit Padang, Sabah. Restoran ni merupakan restoran terapung yang terletak di Taman Tasik Tun Fuad Stephen. Lokasi ni memang menjadi tumpuan ramai kerana warga KK suka melakukan aktiviti rekreasi di sini.

Kenapa saya pilih Beijing steamboat??

1) Menawarkan steamboat & Grill pada masa yang sama
2) Menu yang pelbagai (yang telah sedia masak & bahan2 utk steamboat & grill)
3) Selesa, bersih dan mudah bergerak
4) Harga yang berpatutan (RM30/pax)



  
Entrance Restorang Kg Nelayan

Kalau berminat nak makan di sini, silalah booking awal2 bagi mengelakkan anda menangis tidak dapat tempat duduk hehehee Linknya :  Kampung Nelayan

Kota Kinabalu - Brunei Darussalam

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Brunei mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki kereta. Tapi ini bergantung kepada kesesakan (esp di jalan antara Papar-Beufort, di Imigresen dan di feri Trusan). Kepada sesiapa yang teringin memandu ke Brunei, berikut adalah laluan perjalanannya:

1) Kota Kinabalu - Beaufort (disarankan singgah seketika di Beufort utk ke tandas/ berehat)
2) Beaufort - Lawas (Sepanjang pjalanan hanya hutan rimba, kampung & udang gayut*)
3) Singgah cop passport di Merapok (border Sarawak-Sabah) (Imigresen Malaysia)
4) Lawas - Trusan. Cop passport di Labu **(Imigresen  Brunei). Perjalanan diteruskan ke Bangar. 

Sungai untuk ke Ulu Temburong

5) Naik feri*** merentasi Sg Pandaruan (cas : RM8 or B$4)




6) Cop passport di Pandaruan (Imigresen Brunei & Malaysia)
7) Pandu selaju-lajunya ke Limbang :)

 
Sungai di tepi Pekan Limbang (masa air pasang)

8. Sampai Limbang (disarankan isi minyak atau ke tandas sbb lepas ni xjumpa dah stesen minyak, sampailah ke Brunei).
9. Pandu perlahan ke Brunei (tak boleh laju sebab jalan kampung, beralun-alun dan banyak lori *esp awal pagi).
10. Cop pasport terakhir di Kuala Lurah (Imigresen Malaysia & Brunei).
11. Yeayyy dah masuk Brunei. Bolehlah pandu ke destinasi masing-masing (*sila ikut signboard).

Kat Brunei banyak masjid sepanjang jalan. 

* Udang gayut : Org menjual udang dgn mgantungkan udang tersebut & dihayun2kan supaya pemandu nampak. Silap gaya, ada yang tayar pancit dek panahan udang hihhihiii
** Ni imigresen baru. Sapa2 rasa nak terkucil, disarankan singgah guna tandas sini :)
*** Anda tidak akan pcaya bertapa pendeknya pjalanan menaiki feri ni. Rasa macam x berbaloi je huhuhu

Wednesday, October 10, 2012

Island Hoping : Pulau Mamuntik

It took 15 minutes by speedboat to reach this Island from Jesselton Point Jetty. A wonderful Island for snorkeling, scuba diving, picnicking & honeymoon :)

   Jesselton Point


 Entrance & Activity fee



A must do activity : feeding the fishes (u'll really enjoy it !!)
 They bite my hand !! But it was damn fun !!



U can either bring your own food or enjoy the lunch buffet offered at the island (roughly around RM35/pax). But still, bring some junk foods & drink, as u will craving for them later.


Krishna Curry House

Jalan-jalan cari makan....Destinasinya ialah Krishna Curry House. Restoran Krishna ni ada byk cawangan, di Penampang, Kota Kinabalu dll. Yang saya pegi ni di Penampang. Kari ikan kat sini memang superb !! Sekali makan, nak lagi dan lagi dan lagi..


 Table arrangement dlm kedai..Ni kat tingkat atas (ada aircon)

 Menu yang diorder : kari ikan, peria goreng

Kari kepala ikan (medium size, RM30) 

 Peria goreng adalah menu wajib !!!

 Tadaaaa....licin, tinggal saki baki tulang n sedikit nasi


Marina Sutera Habour

A very good place for wedding photo session !! Or for jogging and sightseeing :) 

P/S : Sorry, no post on the Sutera Habour Hotel as it's so expensive for me to stay in & review on the hotel. But I'm definitely sure the room is really awesomeeeee !!!









Courtyard Hotel, 1 Borneo

One of my favorite hotel if I visiting in Kota Kinabalu is Courtyard Hotel. This hotel is located in the 1 Borneo Hypermall (near UMS). So it is very easy for visitors to get food & go shopping.

There's always room promotion throughout the year. Usually I only booked for the Courtyard room (a room with king bed but without window, and plus bfast buffet for 2pax). Doesn't it sound good??






Island Hoping : Pulau Manukan

Pulau Manukan merupakan salah satu pulau yang terdapat di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (pulau-pulau lain : Pulau Mamuntik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug). Untuk sampai ke pulau ini, perkhidmatan bot laju disediakan di Jeti Jesselton Point. Semua syarikat menawarkan harga yang sama untuk ke Pulau Manukan iaitu RM23 (tambang) + RM3 (Entrance fee). Perkhidmatan penghantaran ke pulau bermula seawal jam8pg dan berakhir 430ptg.