Thursday, October 11, 2012

Kota Kinabalu - Brunei Darussalam

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Brunei mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki kereta. Tapi ini bergantung kepada kesesakan (esp di jalan antara Papar-Beufort, di Imigresen dan di feri Trusan). Kepada sesiapa yang teringin memandu ke Brunei, berikut adalah laluan perjalanannya:

1) Kota Kinabalu - Beaufort (disarankan singgah seketika di Beufort utk ke tandas/ berehat)
2) Beaufort - Lawas (Sepanjang pjalanan hanya hutan rimba, kampung & udang gayut*)
3) Singgah cop passport di Merapok (border Sarawak-Sabah) (Imigresen Malaysia)
4) Lawas - Trusan. Cop passport di Labu **(Imigresen  Brunei). Perjalanan diteruskan ke Bangar. 

Sungai untuk ke Ulu Temburong

5) Naik feri*** merentasi Sg Pandaruan (cas : RM8 or B$4)




6) Cop passport di Pandaruan (Imigresen Brunei & Malaysia)
7) Pandu selaju-lajunya ke Limbang :)

 
Sungai di tepi Pekan Limbang (masa air pasang)

8. Sampai Limbang (disarankan isi minyak atau ke tandas sbb lepas ni xjumpa dah stesen minyak, sampailah ke Brunei).
9. Pandu perlahan ke Brunei (tak boleh laju sebab jalan kampung, beralun-alun dan banyak lori *esp awal pagi).
10. Cop pasport terakhir di Kuala Lurah (Imigresen Malaysia & Brunei).
11. Yeayyy dah masuk Brunei. Bolehlah pandu ke destinasi masing-masing (*sila ikut signboard).

Kat Brunei banyak masjid sepanjang jalan. 

* Udang gayut : Org menjual udang dgn mgantungkan udang tersebut & dihayun2kan supaya pemandu nampak. Silap gaya, ada yang tayar pancit dek panahan udang hihhihiii
** Ni imigresen baru. Sapa2 rasa nak terkucil, disarankan singgah guna tandas sini :)
*** Anda tidak akan pcaya bertapa pendeknya pjalanan menaiki feri ni. Rasa macam x berbaloi je huhuhu

No comments:

Post a Comment